Wednesday, October 27, 2010

PROGRAM SIHATHON DAN HARI KOKURIKULUM SMKPK 2010




Tarikh : 30.10.10

Hari : Sabtu

Masa : 7.45 pagi - 1.30 tengahari

Tempat : SMK Paya Keladi


Sempena Hari Kokurikulum ni, Persatuan Kemahiran Hidup tidak ketinggalan untuk mengadakan Gerai Jualan. Tuan/puan.. ramai-ramai dijemput untuk mengunjungi gerai kami.. menu istimewa disediakan...

Bihun Sup Siam... Sekali cuba, nak sokmo.
Coconut Shake ... sungguh menyegarkan..


Semua para waris pelajar dan warga SMKPK dijemput hadir untuk memeriahkan acara dan majlis. Pelbagai acara diatur pada hari tersebut. Antaranya :

SENAMROBIK

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DARIPADA ACMS DAN IPPT

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA OLEH DR. JAMILAH OPTOMETRIS

PAMERAN-PAMERAN

PERTANDINGAN FUTSAL, BOLA JARING & SEPAKRAGA

PERTANDINGAN MEWARNA

KIOSK PERMINTAAN LAGU

GERAI-GERAI JUALAN

Sokongan anda semua amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Marilah sama-sama kita menyahut seruan kerajaan untuk mengutamakan kesihatan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat.


"KEBAJIKAN DIDAHULUKAN.. KESIHATAN DIUTAMAKAN"






Monday, October 25, 2010

Pie Tee













Bahan-bahan untuk kelongsong Pai Tee:

  • 20 gm Tepung gandum
  • 60 gm Tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 liter minyak
  • 250 ml air

Cara menyediakannya :
  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama garam.
  2. Lubangkan tengah tepung dan masukkan telur.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga menjadi bater cair dan tidak bergentel.
  4. Rehatkan selama 10 - 20 minit.
  5. Panaskan minyak dalam periuk.
  6. Celup acuan pai tee ke dalam minyak panas tadi.
  7. Apabila acuan panas, angkat dan celupkan ke dalam adunan bater hingga ke paras acuan.
  8. Angkat acuan dan masukkan semula ke dalam minyak panas.
  9. Enjut acuan perlahan-lahan untuk membentuk bibir kelongsong pie tee dan sehingga kelongsong tertanggal daripada acuan.
  10. Ulangi proses tersebut sehingga bater habis.
  11. Simpan kelongsong pai tee ke dalam bekas kedap udara.

Bahan-bahan untuk sos cili :

  • 6 biji cili merah
  • 1/2 camt garam
  • 1 camt cuka
  • 1/4 camt lada sulah
  • 1 camt gula
  • 1 camt sos cili
  • 1 camt sos tomato
  • 1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya :

  1. Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
  2. Campur sos cili, sos tomato, cuka, gula dan garam.
  3. Masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan untuk inti :

  • 1/4 biji timun
  • 1/4 batang lobak merah
  • 1/4 biji sengkuang
  • 30 gm taugeh
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 keping tauhu
  • 50 gm udang hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • ulas bawang putih
  • 2 camb minyak
  • secubit garam

Cara menyediakannya :

  1. Bersihkan dan potong kecil sayur-sayuran.
  2. Buang ekor taugeh dan celur.
  3. Buang kulit udang. Bersihkan dan potong dadu.
  4. Goreng tauhu. Sejukkan dan potong dadu.
  5. Pananskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  6. Masukkan udang dan garam.
  7. Gaul rata dan biarkan sebentar.
  8. Angkat dan sejukkan.
  9. Hiris halu sengkuang, lobak merah, timun dan cili merah.
  10. Gaul sayur-sayuran bersama udang yang telah ditumis tadi dan perisakan.

SELAMAT MENCUBA!!!!!

Tips Pemilihan Telur




Kadang-kadang kita terbeli telur busuk.. Laa ni saya nak kongsi tips bagaimana nak pilih telur segar...

Pemilihan
  1. Kulit telur hendaklah bersih, bentuk yang elok dan kesat
  2. Telur yang baru berat manakala yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan.
  3. Telur baru tidak akan berkocak bila digoncang. Telur lama pula sebaliknya.
  4. Apabila dihala ke cahaya terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lama akan kelihatan tompok hitam.

  5. Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60gm garam + setengah liter air). Telur yang baru akan tenggelam dan bahagian runcingnya tenggelam ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan.

  6. Apabila dipecahkan, kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul disekeliling kuning telur. Telur yang lama kuningnya leper dan mudah pecah dan putih telurnya cair.

Sekadar Berkongsi......

Setiap perkara baru yang kita alami setiap hari akan mempunyai perasaan yang berbeza-beza. Saya nak citer sikit apa yang membuatkan saya bercakap macam tu.

Perkara ni terjadi kat sayawaktu first time bercakap depan perhimpunan. Mula-mula rasa confident giler.. tapi bila sampai je kat depan, nak mula bercakap, otot2 jadi lemah rasanye.. menggeletar satu badan.. huhuuu pe lagi, bercakap pun suara terketar-ketar.. suara rock pun terkeluar heheh.. waktu tu malu giler dibuatnya tapi nak buat macam mana, tak boleh nak lawan badan.
Tapi sekarang saya tahu, itu cuma perasaan baru yang saya alami.. sebab tu saya rasa takut. Sekarang ni masalah tu dah berkurangan sebab saya sudah boleh menggunakan kuasa minda dan yakin untuk lakukan semua itu hahah.. kelakar