
Kadang-kadang kita terbeli telur busuk.. Laa ni saya nak kongsi tips bagaimana nak pilih telur segar...
Pemilihan
- Kulit telur hendaklah bersih, bentuk yang elok dan kesat
- Telur yang baru berat manakala yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan.
- Telur baru tidak akan berkocak bila digoncang. Telur lama pula sebaliknya.
- Apabila dihala ke cahaya terang, telur baru akan kelihatan bersih di dalamnya dan telur lama akan kelihatan tompok hitam.
- Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60gm garam + setengah liter air). Telur yang baru akan tenggelam dan bahagian runcingnya tenggelam ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan.
- Apabila dipecahkan, kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul disekeliling kuning telur. Telur yang lama kuningnya leper dan mudah pecah dan putih telurnya cair.
No comments:
Post a Comment